Monday, November 11, 2013

Penghargaan

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran Geografi kami iaitu Puan Siti Zaidah dan Encik Zakwan.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ibu-bapa kami dan rakan-rakan serta penduduk kampung yang banyak membantu kami dalam menyiapkan blog ini. 

Sekian, Terima Kasih. 

Rumusan



Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.



LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR




Penghutanan semula


Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Penggunaan baja organik
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

Kaedah biologi
 Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.


Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

Kaedah perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:
Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.
Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

Kaedah Kajian

Kami menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat kajian geografi:


  1. Rujukan- Kami membuat rujukan daripada buku teks,buku latihan,surat khabar dan internet.
  2. Temu bual- Kami menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan Sempang Kerayong.

Kawasan Kajian

Dalam kajian ini kami telah memilih kawasan Sempang Kerayong, Jasin. Sebagai kawasan kajian untuk mengkaji pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut.


*rumah Amirah*

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-


  1. Mengenal pasti jenis pencemaran di kawasan kajian.
  2. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut.
  3. Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian masalah ini.
  4. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran di kawasan Jasin.

Pendahuluan


    ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi, SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling.

Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan,binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia. Matlamat  yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:
  • pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
  • pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;
  • pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti air, tanah dan udara;
  • perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
  • pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
  • penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera  dibawah pelbagai jenis perlindungan; dan
  • pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti  dan ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon dioksida, dan interaksinya dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim.